Akmal Rizal: Kita Nak Letak Feri Depan Pintu Gol
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui pasukannya perlu mempamerkan disiplin tinggi bila menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) esok.

Dengan 92 gol musim ini, jentera serangan Harimau Selatan amat digeruni lawan baik di peringkat domestik mahupun dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Selain itu, ia turut dibarisi penyerang-penyerang berkaliber termasuk Bergson da Silva, Heberty Fernandes dan pemenang Kasut Emas musim lepas, Fernando Forestieri.

Advertisements

Justeru, Akmal mahu anak-anak buahnya mempamerkan disiplin tinggi bila bertahan dan bijak merebut peluang bila melancarkan serangan balas.

Jika itu dapat dilakukan, beliau percaya skuad Harimau Kumbang boleh melakar kejutan ke atas juara Liga Super musim 2023.

Advertisements

“Kami perlu bersaing, kami perlu bertahan. Sebenarnya, saya mengharapkan feri Penang datang ke Johor untuk kita bawa (dan) letak di hadapan pintu gol esok. Tapi saya tak tahu sempat sampai ke tidak.

“Tapi kita memang kena bertahan sehabis baik dengan disiplin yang terbaik dan kita pada masa sama akan (menyerang) bila kita berpeluang mendapat bola, kita akan cuba cipta kejutan esok,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam Nadi Bola hari ini.

Advertisements

Penang kini merekodkan satu kemenangan dan satu seri di bawah bimbingan Akmal sejak dilantik sebagai jurulatih interim sebulan lalu.

Skuad Harimau Kumbang bakal bertembung dengan JDT untuk aksi terakhir liga di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram