Akmal Rizal Ganti Chong Yee Fat Bimbing Penang
Liga Super
Penang FC
Advertisements

Prestasi buruk Penang FC sejak kebelakangan ini mendorong pengurusan pasukan itu merehatkan Chong Yee Fat dan melantik Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai jurulatih sementara.

Pengumuman ini dibuat pengurusan Harimau Kumbang di laman media sosial rasmi mereka lebih sejam yang lalu.

Selain Yee Fat, pengurusan Penang FC turut memilih untuk merehatkan penolong jurulatih Manzoor Azwira Abdul Wahid.

Advertisements

Prestasi buruk skuad Harimau Kumbang termasuk tersingkir dalam saingan MFL Challenge Cup mendorong pihak pengurusan mengambil tindakan drastik itu.

Justeru, Akmal menggalas tanggungjawab membimbing pasukan untuk baki tiga perlawanan Liga Super musim ini.

“Sehubungan dengan kegagalan Penang FC melangkah ke pentas akhir MFL Challenge Cup 2023 dan prestasi yang membimbangkan dalam persaingan Liga Super 2023, untuk tiga lagi baki perlawanan Liga Super, pihak pengurusan memutuskan perkara-perkara berikut:

Advertisements

“Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt dan Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid direhatkan sehingga selesai Liga Super musim 2023.

“Semua pengendalian latihan dan penyusunan urusan perlawanan menentang Sri Pahang FC dan Terengganu FC di laman sendiri dan perlawanan terakhir menentang JDT FC akan dikendalikan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli (jurulatih sementara),” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Akmal berdepan tugas sukar kerana Penang masih belum meraih kemenangan sejak 27 April lalu.

Advertisements

Walaupun Harimau Kumbang menjaringkan 25 gol musim ini, benteng pertahanan yang rapuh menyaksikan mereka dibolosi 39 kali.

Selain itu, tiga aksi terakhir Liga Super menyaksikan mereka berdepan tiga pasukan yang menduduki kedudukan enam teratas liga.

Selepas melayan kunjungan Sri Pahang FC dan Terengganu FC pada 26 November dan 3 Disember, mereka bakal mengakhiri kempen di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 17 Disember.

Advertisements

Dengan juara liga, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahu merekodkan kemenangan terbanyak dalam liga di SSI, Akmal berdepan cabaran besar untuk tiga perlawanan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram