4 Kelab Liga Super Lulus Lesen AFC
MakanBola
Johor Southern Tigers

Empat kelab Liga Super sah mendapat lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk musim 2025/26.

Empat kelab yang berjaya ialah juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Penang FC dan Sabah FC.

Keputusan ini diumumkan First Instance Body (FIB) dalam mesyuarat FIB ke-10 yang diadakan di Wisma FAM.

Selain empat pasukan berkenaan, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC turut memohon mendapatkan lesen AFC untuk musim 2025/26.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan itu tidak berjaya mendapatkan lesen tersebut. Secara ringkas, lesen AFC membenarkan pasukan-pasukan untuk bersaing dalam kejohanan anjuran AFC.

Antara kejohanan tersebut ialah saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

JDT dan Selangor masing-masing layak secara merit ke saingan ACLE dan ACL2 musim 2025/26. Ini disebabkan status mereka sebagai juara dan naib juara liga musim 2024/25.

FIB turut berharap lebih banyak pasukan Liga Super memohon lesen AFC bagi meningkatkan tahap persaingan liga tersebut.