4 Kelab Thailand Selangkah Beraksi Di Liga Juara-Juara AFC Musim Ini
ACL
BG PATHUM UNITED
Advertisements

Thailand berpeluang menyaksikan 4 kelab negara tersebut beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Kecemerlangan aksi yang ditampilkan oleh beberapa pasukan Thailand musim lalu menyaksikan laluan mereka untuk beraksi di pentas berprestij bola sepak Asia itu semakin cerah.

Menerusi pembahagian kelab mengikut prestasi yang ditampilkan dalam tempoh 4 tahun kebelakangan menyaksikan AFC memberikan 4 kuota buat wakil dari Thailand.

Advertisements

Dua pasukan telah pun melayakkan diri secara automatik ke peringkat kumpulan iaitu juara Liga 1 Thailand, Buriram United dan juga naib juara, Bangkok United.

Dua lagi wakil Thailand bakal melalui pusingan play-off untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan.

Advertisements

Bekas juara Liga Thailand, BG Pathum sekali lagi berpeluang untuk beraksi di ACL namun perlu berdepan wakil China, Shanghai Port manakala Port FC pula perlu melepasi halangan Zheijang yang sudah pasti berlangsung sengit.

Port FC yang mengakhiri saingan liga di tempat ketiga musim lalu berpeluang untuk beraksi di pentas Asia buat kali ke -4.

Advertisements

BG Pathum pula bakal turun tanpa kelibat watak utama, Ikhsan Fandi yang masih lagi dilanda kecederaan dalam tempoh yang agak panjang.

Mereka bagaimanapun telah meloloskan diri hingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Urawa Reds musim lalu.

Advertisements

Sekiranya berjaya meloloskan diri, Thailand bakal memiliki 4 wakil di pentas ACL musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram