ACL: Urawa Reds Bantai BG Pathum
Dunia
BGPU OFFICIAL
Advertisements

Aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini menyaksikan pertembungan antara wakil dari Jepun, Urawa Red Diamonds melayan kunjungan wakil dari Thailand, BG Pathum United.

Aksi separuh masa pertama perlawanan menyaksikan Urawa Reds berjaya mendahului 2-0 dihadapan hasil jaringan daripada David Moberg Karlsson dan Takuya Iwanami.

Tidak cukup setakat itu, Urawa Reds terus menambah duka buat BG Pathum pada babak kedua permainan.  

Advertisements

Pemain Urawa Reds, Yoshio Koizumi dan Takahiro Akimoto masing-masing berjaya mencatat nama sebagai penjaring. Dua jaringan tersebut sekaligus  meletakkan Urawa selesa mendahului 4-0 dihadapan.

Percubaan demi percubaan terus dilakukan penyerang BG Pathum menerusi gandingan Diogo, Ikhsan dan Dangda. Bagaimanapun mereka masih gagal untuk memecah kenbuntuan. 

Aksi 90 minit permainan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Urawa Reds dengan keputusan Urawa 4-0 BG Pathum. 

Advertisements

Urawa bakal berentap pada aksi separuh akhir menentang kelab dari Korea, Jeonbuk Hyundai Motors.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram