4 Keputusan Mengejutkan Aksi Kelayakan Piala Dunia Amerika Latin
MakanBola
AFA/CBF
Sponsors

Saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon Amerika Latin menyaksikan berlaku kejutan membabitkan empat perlawanan.

Pada Selasa, 10 buah negara Amerika Latin turun berentap dalam aksi kelapan Kelayakan Piala Dunia bagi memburu kedudukan enam terbaik untuk melayakkan diri ke Amerika Syarikat 2026.

Ad

Daripada lima perlawanan tersebut, empat aksi melibatkan negara-negara pilihan seperti Brazil, Argentina, Uruguay dan Chile dihiasi dengan keputusan luar jangkaan peminat.

Ad

Brazil, juara dunia lima kali berkunjung ke Asuncion untuk berdepan Paraguay namun terpaksa akur tumpas 0-1 hasil gol tunggal pemain muda La Albirroja, Diego Gomez pada minit ke-20.

Juara Piala Dunia 2022, Argentina turut berdepan nasib sama apabila rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan lebur di tangan Colombia meskipun La Albiceleste turun dengan barisan bintang.

Ad

Tonggak Colombia, James Rodriguez muncul wira dengan satu bantuan jaringan dan satu gol hasil sepakan penalti di babak ke-2 manakala gol tunggal Argentina disumbangkan Nico Gonzalez.

Ad

Sementara itu, Uruguay di bawah kendalian Marcelo Bielsa pula terpaksa akur diikat seri tanpa jaringan oleh pasukan di ranking ke-37 dunia, Venezuela di laman lawan pada Selasa.

Malang buat Chile apabila kelebihan beraksi di tempat sendiri gagal dimanfaatkan setelah tewas mengejut 1-2 kepada Bolivia yang kini berada di ranking ke-89 dunia.

Dua gol daripada Carmelo Algaranaz dan Miguel Terceros memastika tiga mata buat Bolivia meskipun Chile sempat menyamakan kedudukan hasil jaringan Eduardo Vargas di minit ke-39.

Kedudukan semasa bagi carta Kelayakan Piala Dunia zon Amerika Latin menyaksikan Argentina masih kekal di tanga teratas diikuti Colombia dan Uruguay di tempat kedua dan ketiga.

Aksi kelayakan seterusnya bakal bersambung pada awal Oktober hadapan dengan beberapa perlawanan menarik akan berlaku membabitkan 10 jaguh dari benua Amerika Latin.