Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia berjaya meraih mata maksimum untuk melonjak tiga tangga berdasarkan kemas kini semasa.
Skuad kendalian Pau Marti meneruskan momentum cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Harimau Malaya cemerlang menumpaskan wakil Timur Tengah, Lubnan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Romel Morales.
Kejayaan itu juga membolehkan skuad kebangsaan melakar kejayaan juara Pestabola Merdeka selepas 31 tahun tidak melakukannya.
Kemenangan ke atas pasukan ke-116 dunia itu membolehkan skuad kebangsaan meraih tambahan +5.68 mata untuk mengumpul 1117.68 mata.
Pungutan mata penting ini juga membantu Harimau Malaya untuk melonjak tiga tangga ke kedudukan 131 dunia.
Skuad negara meraih 10.16 mata tambahan hasil kemenangan ke atas Filipina dan juga Lubnan.
Malaysia juga berjaya memintas beberapa buah negara seperti Indonesia (132) dengan 1115 mata, Rwanda (133) dan Gambia (134).
Ujian berikutnya buat skuad negara adalah aksi Piala AFF Mitshubishi Electric 2024 yang bakal bermula Disember ini.