Ads
Pau Marti Idam Malaysia Rangkul Trofi Pestabola Merdeka 2024
Harimau Malaya
FA Malaysia

Malaysia kini berazam untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024 hasil sentuhan Pau Marti Vicente.

Advertisements

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas berjaya melepasi ujian pertama untuk ke final.

Advertisements

Beliau optimis anak buahnya mampu melakar kejayaan menentang pasukan ke-117 dunia, Lubnan ketika beraksi di laman sendiri.

Advertisements
Advertisements

“Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga tuan rumah untuk beraksi di final. Kita ada satu hari lagi untuk persiapan dan pemain akan memberikan 100 peratus untuk muncul juara.

“Kita sedar sudah hampir 10 tahun tidak muncul juara Pestabola Merdeka. Harapnya kita boleh menang trofi ini esok,” katanya.

Advertisements

Pau bagaimanapun berdukacita apabila perancang tengah, Afiq Fazail terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

“Semua pemain bebas kecederaan tetapi sayangnya Afiq Fazail mengalami kecederaan pada aksi menentang Filipina. Jadi, kami akan membuat pemilihan berdasarkan pemain sedia ada,” jelasnya ketika sesi sidang media di Subang Jaya, hari ini.

Beliau juga mahu memastikan keseimbangan dapat diwujudkan untuk memastikan jentera serangan dan pertahanan dapat memberikan kombinasi terbaik di atas padang.

Malaysia akan melayan tentangan pasukan ke-116 dunia, Lubnan pada 8 September 2024 jam 9 malam di Bukit Jalil.

Advertisements

Satu lagi aksi bakal menemukan Filipina dan juara bertahan, Tajikistan bagi aksi penentuan tempat ke-3 pada sebelah petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram