4 Pemain Handalan Kedah Berstatus Ejen Bebas
Transfer
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

4 pemain handalan Kedah Darul Aman FC kini berstatus ejen bebas setelah tidak lagi menyambung kontrak bersama pasukan itu untuk musim hadapan.

Kedah antara kelab yang melepaskan ramai pemain import selepas berakhirnya saingan Liga Malaysia 2023 pada Disember tahun lalu.

Beberapa pemain seperti Moses Atede, Manuel Hidalgo dan Jonathan Balotelli sah berhijrah ke pasukan lain manakala 4 pemain masih lagi bergelar ejen bebas. Antaranya ialah:

Advertisements

Amirbek Juraboev (28 tahun)

Setelah 2 tahun berkhidmat untuk Sang Kenari, Amirbek Juraboev kini dilepaskan oleh Kedah walaupun merupakan pemain utama di bahagian tengah pada musim lalu.

Advertisements

Amirbek diturunkan sebanyak 23 kali dalam aksi Liga Super dan merekodkan 6 gol bersama Kedah pada musim lalu. Malah jaringan penting beliau berjaya membantu Kedah mengikat JDT dengan keputusan seri 3-3 di Stadium Darul Aman.

Ifedayo Olusegun (33 tahun)

Advertisements

Penyerang berpengalaman, Ifedayo Olusegun kini masih tidak menyertai mana-mana kelab setelah sah meninggalkan Kedah pada akhir Disember tahun lalu.

Ifedayo mengharungi musim yang positif bersama Kedah setelah mencatatkan 12 gol dalam 11 perlawanan liga walaupun menyertai Kedah selama 6 bulan sahaja.

Advertisements

Ifedayo pernah merekodkan 26 jaringan gol bersama Selangor untuk pada tahun 2021 untuk memenangi gelaran Kasut Emas Liga Super 2021.

Ebenezer Assifuah (31 tahun)

Penyerang kelahiran Ghana, Ebenezer Assifuah tiba pada Januari tahun 2023 namun beliau gagal mencuri tempat dalam pasukan utama sepanjang dua tahun bersama Kedah.

Ebenezer Assifuah tampil cemerlang dalam saingan Piala MFL musim lalu apabila merekodkan 16 jaringan dalam 20 perlawanan. Kini kontrak 2 tahun pemain tersebut telah tamat dan Kedah mengambil keputusan untuk tidak menawarkan kontrak lanjutan.

Alan Robertson (30 tahun)

Alan Robertson yang merupakan pemain pertahanan turut bergelut untuk menembusi skuad utama Kedah dan kerap diturunkan dalam saingan Piala MFL.

Pemain berusia kelahiran Afrika Selatan itu tampil bermain dalam 7 perlawanan bersama pasukan Kedah Darul Aman B namun tidak melakukan sebarang penampilan bersama pasukan senior Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram