4 Pemain Harimau Malaya Bakal Diketepikan
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Empat pemain Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski bakal diketepikan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal pada 25 Mac ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Cklamovski dalam satu temubual yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Empat pemain bakal tersisih selepas peraturan pendaftaran hanya membenarkan 23 pemain sahaja dalam satu perlawanan,

Ad

Untuk rekod, Cklamovski memanggil seramai 27 pemain dan dengan peraturan 23 pemain sahaja yang dibenarkan, ini bermakna secara automatik, empat pemain tidak akan berada di dalam skuad di hari perlawanan.

Ad

“Saya tidak akan hantar pulang pemain yang tidak berada dalam senarai 23 pemain,” jelas Cklamovski seperti yang dikongsikan Zulhelmi di laman X.

Buat masa ini, hanya Natxo Insa yang disahkan masih belum cergas dan berkemungkinan besar khidmatnya tidak dapat digunakan bagi aksi menentang Nepal kelak.

Ad

Malaysia akan bertemu Nepal dalam aksi sulung Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027. Turut berada di dalam kumpulan yang sama ialah dua pasukan Asia Tenggara iaitu Laos dan Vietnam.

Ad

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments