Peter Cklamovski Jangka Natxo Insa Bakal Kembali Tak Lama Lagi
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menjangkakan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa bakal kembali tidak lama lagi.

Selepas senarai 27 pemain skuad negara diumumkan untuk aksi menentang Nepal, ramai peminat Harimau Malaya tertanya-tanya tentang ketiadaan Insa.

Ad

Ini kerana sejak skuad negara menjalani latihan sejak 17 Mac lalu, kelibat pemain tengah berusia 38 tahun itu tidak kelihatan.

Ad

Kini, Cklamovski memaklumkan Insa masih menjalani proses pemulihan. Bekas pemain tengah Levante itu mengalami kecederaan ketika aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) baru-baru ini.

Cklamovski percaya sekiranya proses pemulihan Insa berjalan lancar, beliau dijangka kembali menyertai latihan Harimau Malaya.

Ad

“Kedua-duanya (Insa dan Arif Aiman Hanapi) menjalani proses pemulihan. Kedua-duanya memiliki pelan pemulihan individu.

Ad

“Kalau situasi (kedua-duanya berjalan lancar), mereka akan menyertai pasukan dalam beberapa hari lagi,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

Sekiranya Insa kembali pulih, beliau bakal bersaing dengan Hector Hevel, Stuart Wilkin, Nazmi Faiz Mansor, Safawi Rasid, Endrick dos Santos, Afiq Fazail dan Syamer Kutty Abba untuk slot bahagian tengah.

Malaysia bakal berdepan Nepal untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments