4 pemain kembali dalam sesi latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang sepak mula AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Shanghai Shenhua.
Skuad kendalian Hector Bidoglio bakal berdepan satu lagi lawan China selepas berjaya mengikat Shanghai Port dengan keputusan 2-2.
Shanghai Shenhua turut berada dalam momentum cemerlang selepas menewaskan Pohang Steelers dengan keputusan 4-1.
Harimau Selatan yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA 2024 dan juga menewaskan Kuching City dengan keputusan 2-1.
Beberapa pemain kembali berlatih bersama JDT termasuklah dua pemain berpengalaman, Farizal Marlias dan Safiq Rahim dengan beberapa pemain seperti Shahrul Saad, Daryl Sham dan Junior Eldstal turut bersama pasukan.
Kapten pasukan, Jordi Amat turut menjalani latihan penuh sekaligus memberikan pilihan tambahan berdepan jaguh China itu.
JDT juga telah menggunakan khidmat pemain baharu seperti Jorge Obregon, Iker Undabarrena, Enzo Lombardo dan juga Andoni Uzbiaurre ketika aksi pertama ACLE.
Aksi antara JDT dan Shanghai Shenhua berlangsung pada 1 Oktober 2024 di Stadium Sultan Ibrahim jam 8 malam.