Advertising
4 Pemain Terengganu Terlepas Aksi Bertemu JDT
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Terengganu bakal kehilangan 4 tonggak utama menjelang aksi Liga Super berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Saingan Liga Super minggu ke-19 akan berlangsung bermula Jumaat dengan pertemuan menarik di Pantai Timur dijangka bakal menjadi tumpuan membabitkan Terengganu dan JDT.

Ad

Kedua-dua pasukan telah bertemu dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan JDT menang 4-0 hasil gol daripada Arif Aiman, Romel Morales dan Bergson.

Ad

Kekalahan itu berjaya diubati seketika apabila Terengganu berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas PSM Makassar dalam aksi Shopee Cup pada Rabu lalu menerusi jaringan Safawi Rasid.

Walau bagaimanapun, untuk aksi kali kedua berdepan JDT dalam saingan Liga Super ini, skuad Sang Penyu terpaksa melupakan khidmat 4 pemain utama di jentera tengah dan pertahanan.

Ad

Menurut Badrul Afzan selaku jurulatih Terengganu, dua pemain tidak dapat diturunkan akibat kecederaan iaitu jeneral tengah, Manuel Ott dan juga bek kiri, Alif Zakaria.

Ad

”Untuk persiapan kita (Terengganu) bertemu JDT kali ini sedikit terjejas apabila 2 pemain iaitu Manuel Ott dan Alif Zakaria mengalami sedikit kecederaan,” kata Badrul Afzan kepada Astro Arena.

Ad

Selain itu, dua lagi tonggak yang terpaksa diketepikan adalah dua pemain pinjaman dari JDT, Safawi Rasid dan Azam Azmi sekaligus merencatkan sedikit perancangan Badrul Afzan kali ini.

”Ya, Safawi (Rasid) dan Azam Azmi sudah tentu tiada dalam perancangan kita bertemu JDT esok,” ujar jurulatih itu lagi.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkata, ketiadaan Ott di jentera tengah pasukan Terengganu akibat sakit mata dijangka bakal memberikan impak besar apabila direhatkan.

”Paling dirasai sudah semestinya ketiadaan Manuel Ott apabila difahamkan beliau mengalami sakit mata ketika ini,” lapor Fadhirul Shuhaimi.

”Badrul Afzan tidak mahu mengambil risiko dan merehatkan Manuel Ott daripada perancangan pasukan bertemu JDT,” kata Fadhirul lagi.

Aksi Liga Super antara Terengganu vs JDT akan berlangsung pada 25 Januari di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dengan sepak mula perlawanan tepat jam 9 malam.