4 Pemain Tumpuan Aksi Selangor vs Kuching City
MakanBola
Kuching City FC
Sponsors

Bekas pertahanan Selangor, Razman Roslan menilai empat pemain Kuching City yang perlu diberi perhatian menjelang aksi Liga Super pada Jumaat.

Selangor dan Kuching City bakal berentap dalam aksi Liga Super minggu ke-10 di Kelana Jaya setelah tamat tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan masing-masing.

Ad

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah dalam saingan suku akhir Piala FA di mana Kuching City hampir melakar kejutan namun akur tumpas kepada penentuan sepakan penalti.

Ad

Menurut Razman, skuad kendalian Aidil Sharin ini perlu diawasi oleh The Red Giants, melihat kepada rekod cukup cemerlang yang ditampilkan dalam saingan liga setakat ini.

”Sebenarnya, Kuching City adalah pasukan yang sungguh konsisten musim ini, dengan (rekod) enam perlawanan tanpa tewas,” kata Razman dalam segmen Nadi Bola.

Ad

Ujar Razman lagi, enjin Kuching City, Daniel Amier antara tonggak yang perlu diberi kawalan ketat oleh Selangor kerana kemampuan mengawal jentera tengah dengan sungguh baik.

Ad

“Mereka sedang meningkat naik dengan kehadiran pemain yang banyak membantu pasukan seperti Daniel Amier, pemain tengah yang berjaya mengawal corak permainan Kuching City.

Ad

Razman juga melihat gandingan import di jentera serangan The Cats juga mampu bawa ancaman selain penambahan bekas penyerang Selangor, Hazwan Bakri yang direkrut dari JDT.

“Jordan Mintah (dan) Tchetche Kipre yang ada di sana (jentera serangan) dan kehadiran seorang lagi pemain berpengalaman iaitu Hazwan Bakri,” tambah Razman.

“Mungkin sedikit sebanyak akan memberi masalah untuk pasukan Selangor,” komen Razman mengenai Kuching City kepada hos, Haliza Hamzah.

Selangor bakal melayani kunjungan Kuching City di laman sendiri, Stadium MBPJ pada 13 September dengan sepak mula dijadualkan pada jam 9 malam.