Kuching City Sambar Hazwan Bakri
MakanBola
Kuching City FC
Sponsors

Bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri sah memperkuatkan kelab Liga Super yang berpangkalan di Sarawak, Kuching City FC.

Perpindahan pemain berusia 33 tahun itu disahkan pengurusan The Cats menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi pasukan itu.

Ad
Sponsors

Hazwan menyertai Kuching City sebagai ejen bebas selepas khidmatnya tidak dikekalkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada akhir musim 2023.

Ad

“Hazwan Bakri ialah Kuching City. Selamat datang ke Kuching City, Hazwan Bakri,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, bekas penyerang Selangor FC itu terpaksa berehat lama akibat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL). Hazwan mengalami kecederaan itu dalam aksi terakhir Liga Super musim 2023 antara JDT dan Penang FC.

Ad

Sejak itu, beliau memberi fokus kepada pemulihan kecederaannya terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang usaha mencari kelab baru.

Ad

Selepas perpindahan Hazwan diumumkan, ramai penyokong The Cats menyambut baik kehadirannya. Ini kerana mereka percaya penyerang yang mesra disapa panggilan Jack itu mampu menambah sengat bahagian serangan pasukan itu.

Ad

Hazwan bakal bersaing dengan Tchetche Kipre, Pedro Henrique, Amirrul Iqmal Bolhi dan penjaring terbanyak pasukan, Jordan Mintah untuk slot bahagian serangan.

Selain beraksi sebagai penyerang, Hazwan juga berupaya beraksi sebagai pemain sayap. Keupayaannya beraksi di beberapa posisi bakal menambah pilihan buat jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Beliau hadir dengan pengalaman bukan saja sebagai pemenang piala bersama Selangor dan JDT. Hazwan juga pernah mewakili skuad kebangsaan dengan merekodkan 32 penampilan dan tujuh gol.