Sambutan kejuaraan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 27 April ini bakal diserikan dengan kehadiran lima artis antarabangsa.
Saban tahun, penyokong JDT sentiasa dihiburkan dengan kelibat penyanyi dan penghibur antarabangsa bagi meraikan pencapaian cemerlang mereka.
Misalnya pada 2019, penyanyi rap terkenal Bow Wow dijemput memeriahkan keraian kecemerlangan JDT bersama Joe Flizzow, Amy Search dan K-Clique.
Pada tahun 2022, giliran penyanyi dan penari Amerika Syarikat, Jason Derulo menghiburkan penyokong Harimau Selatan.
Musim 2023 pula menyaksikan kehadiran penyanyi Perancis, Vegedream, penyanyi rap Maghribi-Amerika Syarikat, French Montana dan krew penari hip-hop Jabbawockeez.
Kini, JDT mengumumkan Busta Rhymes, Fabolous, Big Ben, Onefour dan Jabbawockeez sebagai barisan artis antarabangsa yang akan menghiburkan penyokong pada 27 April ini.
Selain artis antarabangsa, penyokong juga bakal dihiburkan dengan persembahan dron menarik pada hari tersebut.
Penyokong JDT yang ingin hadir perlu menebus pas masuk mereka di platform Ticket Hotline.