Advertisement
Tiga Artis Antarabangsa Serikan Malam Keraian Kejuaraan JDT
Liga Super
MakanBola
JST

Keraian kejuaraan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 16 Disember ini bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran tiga artis antarabangsa.

Tahun 2022 menyaksikan penyanyi dan penulis lirik Amerika Syarikat, Jason Derulo dipilih sebagai artis jemputan bagi meraikan kejayaan empat trofi yang digondol Harimau Selatan.

Tahun ini, tiga lagi penghibur antarabangsa dipilih bagi menyerikan malam sambutan kejayaan empat trofi buat kali kedua berturut-turut JDT.

Tiga artis tersebut ialah artis hip-hop dan R&B Perancis, Vegedream, penyanyi rap Maghribi-Amerika Syarikat, French Montana dan krew penari hip-hop Jabbawockeez.

Nama ketiga-tiga artis ini diumumkan oleh Johor Southern Tigers menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka hari ini.

Penyokong JDT yang berminat menyertai keraian pada 16 Disember ini boleh mendapatkan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim bermula pada Rabu ini.

Harimau Selatan akan menutup kempen Liga Super dengan menentang Penang FC pada 16 Disember ini.