5 Calon Jurulatih Tempatan Kemudi Harimau Malaya
MakanBola
SFC/SFC/TFC
Sponsors

5 jurulatih berbakat tempatan dicadang untuk mengemudi skuad Harimau Malaya.

Pemergian mengejut Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon menyaksikan tempoh cemerlang selama dua tahun 6 bulan akhirnya menemui titik noktah.

Ad

Berikut merupakan lima calon pengendali berpotensi besar sekiranya diberikan peluang memimpin skuad kebangsaan.

Ad

1. Tan Cheng Hoe

Bekas jurulatih Malaysia ini baru sahaja tamat tugas bersama kelab Thailand, Police Tero FC selepas beberapa bulan di sana.

Ad

Pengendali berusia 56 tahun itu memiliki pengalaman luas bersama skuad kebangsaan.

Ad

Beliau bermula sebagai penolong jurulatih Malaysia sejak tahun 2017 sebelum menjadi Ketua Jurulatih sehingga tahun 2022.

Ad

Cheng Hoe juga pernah membimbing kelab seperti Kedah Darul Aman (2014-2017) dan Selangor FC (2022-2024).

2. Ong Kim Swee

Jurulatih kelahiran Melaka ini antara pengendali yang sudah lama bersama skuad kebangsaan.

Beliau pernah membimbing Harimau Muda A (2009-2014), Malaysia B-23 (2011-2023) (2017-2019) dan skuad senior Malaysia (2013-2017) dan kini bersama Sabah (2021-2024).

Ong Kim Swee memiliki pengalaman luas dan juga reputasi baik terutamanya bersama pemain muda Malaysia sejak dahulu lagi.

3. Nafuzi Zain

Jurulatih berusia 45 tahun ini memiliki reputasi cemerlang sejak memulakan karieri kejurulatihan pada tahun 2014.

Beliau berjaya membawa Terengganu untuk layak beraksi di AFC Cup pada tahun 2023 ketika memimpin skuad Peteh pada tahun 2019-2022.

Nafuzi kini cemerlang bersama Kedah Darul Aman dan membantu Sang Kenari menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-4.

4. E. Elavarasan

Jurulatih berusia 59 tahun ini sudah berbakti bersama skuad negara sejak tahun 2022.

Beliau telah menimba ilmu bersama beberapa pengendali berpengalaman seperti Kim Pan-gon dan juga Pau Marti.

Elavarasan pernah membimbing beberapa kelab seperti Felda United (2011-2014), PKNS (2014-2017) dan juga Sarawak United (2020-2022).

5.Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC ini merupakan antara calon kurang popular untuk mengisi jawatan ini.

Beliau bagaimanapun memiliki pengalaman sejak tahun 2017 bersama beberapa pasukan seperti Kelantan FC, KL City dan juga Perak FC.

Jurulatih kelahiran Perlis ini juga berjaya memacu The Bos Gaurus untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023 sebelum tunduk di tangan JDT.