Terkini: Tan Cheng Hoe Tinggalkan Selangor Serta-Merta
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selangor FC hari ini mengumumkan perletakan jawatan ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe berkuat-kuasa serta merta.

Selangor dan Tan Cheng Hoe mencapai kata sepakat untuk berpisah selepas pengendali berusia 55 tahun ini membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Selangor FC.

Selepas perbincangan secara terbuka daripada setiap aspek, pihak pengurusan Selangor FC akhirnya menghormati keputusan yang diambil TCH dan bersetuju untuk melepaskan menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Advertisements

“Selangor FC dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa secara serta-merta. Kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Tan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand.”

“Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau.”

Advertisements

“Sejak dilantik pada September 2022, Tan Cheng Hoe telah membantu Selangor FC menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025.”

“Selangor FC ingin berterima kasih kepada Tan Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk Kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.”

Advertisements

Oleh yang demikian, pembantu jurulatih The Red Giants, Nidzam Jamil kini dilantik sebagai ketua jurulatih sementara (interim) dan pada masa yang sama, pihak pengurusan Kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu.

Tan Cheng Hoe sebelum ini menyertai Selangor pada September 2022 dan menjadi watak penting yang berjaya memacu bola sepak Selangor hingga ke pentas Asia. Selangor telah menamatkan kempen Liga Super 2023 dengan status sebagai Naib Juara sekaligus meraih slot ke saingan AFC Champions League 2 (ACL2) musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram