Tan Cheng Hoe Tak Sabar Mulakan Musim Baru
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selepas berjaya membawa Selangor FC menjadi naib juara Liga Super musim lalu, ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe akui tidak sabar untuk memulakan musim baharu bersama Gergasi Merah.

Cheng Hoe melihat sesi latihan pasukan Selangor berjalan dengan sangat positif. Malah, pemain-pemain baharu yang dibawa masuk seperti Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Nooa Laine dan Azim Al Amin juga berlatih dengan baik bersama pasukan.

“Sesi latihan kami berjalan dengan baik setakat ini. Saya perhatikan pemain sangat bersemangat, yang menjana mood positif dalam skuad. Pada masa yang sama, jurulatih kami telah mengatur rutin latihan mereka dengan teliti untuk memastikan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap yang baik memandangkan mereka menghadapi sesi pra-musim yang agak panjang kali ini.

Advertisements

“Malah pemain baharu seperti Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Nooa Laine dan Azim Al Amin telah berlatih dengan berkesan. Mereka cepat berkenalan dengan rakan sepasukan yang lain.

“Ini menunjukkan bahawa semua orang bekerjasama dengan baik antara satu sama lain. Saya tidak sabar untuk mulakan musim ini,” jelas Cheng Hoe seperti dipetik di laman rasmi Selangor FC.

Advertisements

Musim 2024/2025 bakal menjadi pentas yang agak berbeza buat Selangor apabila buat kali pertamanya akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 yang baru sahaja diperkenalkan tahun ini.

Skuad Selangor akan memulakan sesi pra-musim di luar negara pada awal Mac sebelum pemain bawah 23 tahun Malaysia dipanggil ke kem latihan bagi membuat persiapan menghadapi kejohanan Piala Asia B-23, yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada April.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram