5 jurulatih kelab Liga Super telah membuat keputusan untuk membawa haluan baharu.
Saingan Liga Super musim 2024/25 baru memasuki ke-14 namun sudah diwarnai dengan penghijrahan beberapa jurulatih terkemuka.
Terengganu antara kelab terawal yang berpisah dengan pengendali selepas jurulatih Croatia, Tomislav Steinbruckner tidak lagi bersama pasukan.
Jurulatih berusia 54 tahun itu berkhidmat selama hampir satu setengah tahun bersama skuad Peteh sebelum mengumumkan perpisahan.
Pengendali Penang FC, Akmal Rizal secara rasminya meninggalkan posisi selaku ketua jurulatih susulan prestasi kurang baik The Phanters.
Jurulatih muda itu memulakan kempen liga dengan baik namun rentetan kekalahan menyebabkan posisinya diambil alih oleh Wan Rohaimi.
Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil menjadi jurulatih ketiga apabila berpisah dengan Gergasi Merah.
Beliau membantu Selangor untuk menghuni tangga kedua liga dan juga kedudukan kedua bagi aksi ACL2.
Terbaru, dua lagi jurulatih iaitu pengendali Sabah dan Kedah, Datuk Ong Kim Swee dan Nafuzi Zain meninggalkan kelab masing-masing.
Kim Swee dikaitkan dengan posisi Ketua Jurulatih kelab Liga 1 Indonesia manakala Nafuzi dikhabarkan bakal mengemudi skuad Malaysia B-23.
Saingan Liga Super dikemudi oleh JDT dengan 40 mata selepas 14 perlawanan disusuli oleh Selangor (29) dan Sabah (26).