5 Negara Tolak Peluang Bertemu Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

5 negara difahamkan menolak peluang untuk bertemu Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026.

Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengenai usaha berterusan yang dilakukan untuk mencari lawan bagi skuad kebangsaan.

Ad

Katanya, FAM berusaha sedaya upaya untuk mencari lawan bagi persiapan Harimau Malaya namun jadual yang berada di luar kalendar FIFA memberi kekangan kepada Malaysia.

Ad

“FAM telah berusaha dan mohon kepada 4-5 negara untuk aksi persahabatan. Akan tetapi, kita berdepan kekangan dan semuanya tidak dapat.

“Hal ini disebabkan bukan dalam kalendar FIFA. Jadi kita hanya boleh usahakan untuk bertemu kelab tempatan sahaja,”jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Ad

Beliau juga memberi bayangan bahawa FAM berusaha untuk mencari lawan serantau seperti Brunei dan Vietnam serta beberapa lagi negara namun menemui jalan buntu.

Ad

Ketika ini, Malaysia difahamkan bakal bertemu Perak dan KL City dalam aksi tertutup sebagai persediaan sebelum berangkat ke Kyrgyzstan.

Ad

Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.