5 Pemain Malaysia Sertai Sesi Pemilihan Brunei DPMM
MakanBola
DPMM FC

Brunei DPMM FC dijangka lebih rancak menambah bilangan pemain menjelang saingan Liga Super yang bermula pada Ogos ini.

Setakat ini, DPMM sudah menambah empat orang pemain secara rasmi. Mereka ialah Ramadhan Sananta, Tommy Mawat Bada, Fairuz Zakaria dan Amani Aquinaldo.

Persaingan merebut pemain yang semakin rancak mendorong kelab itu mengadakan sesi pemilihan untuk mengenal pasti pemain baharu termasuk pemain import.

Dua pemain import yang dilaporkan akan menyertai sesi pemilihan DPMM ialah Scott Allardice dan Chijioke Akuneto.

Allardice pernah beraksi untuk kelab Scottish Premiership, Ross County. Beliau merekodkan 39 penampilan bersama The Staggies sebelum meninggalkan kelab pada akhir musim 2024/25.

Akuneto pula pernah beraksi dalam saingan Nigerian Professional League bersama Rivers United. Beliau turut menjadi penjaring terbanyak liga itu pada 2021/22 dengan 19 gol.

Selain itu, lima lagi pemain Malaysia turut dilaporkan menjalani sesi pemilihan bersama DPMM. Ini berdasarkan khabar yang dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Antara pemain yang dilaporkan menyertai sesi berkenaan ialah R. Kogileswaran dan Annil Vigneswaran.