Pengalaman luas selama 5 tahun bergelar jurulatih kecergasan membuktikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik Peter Cklamovski berdasarkan data.
Menerusi satu pengesahan oleh FAM, pengendali berusia 46 tahun itu mengambil alih tempoh kepimpinan daripada pengendali sementara, Pau Marti Vicente.
Sasarn yang diletakan oleh FAM adalah untuk melihat Harimau Malaya layak ke pentas Piala Asia 2027 dan juga menembusi kelompok 100 terbaik dunia.
Pelbagai persoalan timbul dalam kalangan peminat selepas bekas jurulatih FC Tokyo itu hanya memiliki purata 31.24 peratus kemenangan di J1 League, 46.15 peratus di J2 League dan 33.33 peratus dalam saingan League Cup.
Pelantikan Cklamovski membuktikan bahawa aspek data dan analisis dititikberatkan oleh FAM dan mirip dengan pendekatan yang pernah diguna pakai oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sebelum ini, bekas pengendali yang juga dikaitkan dengan jawatan Harimau Malaya iaitu Benjamin Mora difahamkan merupakan pengendali yang bermula sebagai jurulatih kecergasan sebelum bergelar jurulatih di Athletico Chiapas pada tahun 2011.
Malah, sungguhpun masih muda ketika itu, Mora berjaya membantu skuad Harimau Selatan dan layak ke pentas kalah mati Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Pengalaman dan pendekatan sama oleh kedua-dua pengendali ini menggambarkan bahawa Harimau Malaya berjaya mendapatkan pengendali dengan profil serupa untuk memacu cabaran pasukan kebangsaan.
Cklamovski juga merupakan sebahagian daripada barisan kejurulatihan skuad kebangsaan Australia yang memenangi Piala Asia 2015 sekaligus membuktikan terdapat analisis data dilakukan oleh FAM bagi melantik calon terbaik buat Malaysia.
Beliau juga terkenal dengan kemahirannya untuk mengetengahkan pemain muda dalam pasukan dan memberi gambaran awal kombinasi pemain muda dan berpengalaman bakal menjadi teras kepada skuad Harimau Malaya.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi memberitahu bahawa pengambil jurulatih baharu skuad kebangsaan ini sudah diteliti dengan begitu rapi sebelum beliau dilantik.
“Perancangan untuk mengumumkan barisan kejurulatihan baharu sudah dirancang sejak 5-6 bulan lepas iaitu menjelang hujung tahun.
“Bila kita dah ada satu persefahaman tentang barisan kejurulatihan baharu, tak ada isu bila kita nak umumkan,” katanya.