Advertising
Sasaran FAM Lihat Harimau Malaya Ke Final Tak Kesampaian
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Sasaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat Harimau Malaya ke final ASEAN Championship buat kali pertama sejak 2018 tidak kesampaian.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan badan induk itu mahu melihat sejauh mana kemaraan skuad negara dalam kejohanan itu.

Ad

Pada masa sama, FAM percaya dengan kemampuan Pau Marti Vicente untuk membawa Harimau Malaya ke final ASEAN Championship.

Ad

“”Kita ada letak sasaran dan sudah semestinya untuk ke final (ASEAN Championship 2024). Kalau kita tengok sasaran kita setinggi mana yang kita boleh (capai) tetapi sasaran kita ke final,” katanya baru-baru ini.

Kali terakhir Malaysia berada di final kejohanan itu ialah tahun 2018. Hasrat Harimau Malaya untuk muncul juara buat kali kedua pada ketika itu dinafikan Vietnam apabila tewas 3-2 secara agregat.

Ad

Malaysia mara ke final kejohanan sebanyak tiga kali iaitu edisi 2010, 2014 dan 2018. Edisi 2010 dianggap edisi paling manis kerana edisi tersebut menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama dalam sejarah ASEAN Championship.

Ad

Walau bagaimanapun, Malaysia gagal mara ke peringkat separuh akhir ASEAN Championship 2024. Ini selepas skuad negara menamatkan kempen Kumpulan A di tempat ketiga dengan lima mata.

Ad

Harimau Malaya hanya meraih satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan. Keputusan seri tanpa jaringan dengan musuh tradisi, Singapura pada 20 Disember lalu memusnahkan harapan Malaysia untuk layak selaku naib juara kumpulan.

Skuad negara turut merekodkan lima jaringan dan dibolosi lima kali sepanjang aksi Kumpulan A. Kapten KL City FC, Paulo Josue muncul penjaring terbanyak dengan dua gol.

Kegagalan ini juga turut menandakan berakhirnya tempoh Pau Marti bersama Harimau Malaya. Ini kerana ASEAN Championship 2024 merupakan kempen terakhirnya sebelum peranan itu digalas jurulatih Australia, Peter Cklamovski.

Cklamovski bakal memulakan tugasnya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1 Januari 2025. Antara misinya ialah membawa pasukan itu layak ke Piala Asia 2027.