5 tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat kemunculan dalam sesi latihan di China.
Skuad kendalian Hector Bidoglio membawa momentum terbaik apabila mengatasi Penang FC dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari.
Tonggak baharu seperti Jorge Obregon, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov dan juga Enzo Lombardo turut diberi peluang beraksi.
Skuad Harimau Selatan menerima tonik tambahan apabila beberapa pemain penting kembali muncul dalam sesi latihan di China.
Kapten JDT, Jordi Amat memberi bayangan akan beraksi selepas turun pada sidang media pra-perlawanan semalam.
4 lagi pemain yang turut bersama pada sesi latihan Harimau Selatan ialah pertahanan baharu, Park Jun-heong, pemain berpengalaman iaitu Shane Lowry turut berlatih bersama pasukan.
JDT turut membawa dua penjaga gol baharu, Andoni Zubiaurre dan juga Christian Abad Amat untuk membantu Syihan Hazmi pada kempen Asia kali ini.
Aksi Shanghai Port dan JDT bakal berlangsung pada 18 September 2024 jam 8 malam di Fudong Football Stadium.