Advertising
5 Tonggak Tumpuan Serikan Pertemuan Malaysia vs Timor Leste
MakanBola
FAM/FFTL

Pertemuan Malaysia vs Timor Leste dalam aksi kedua ASEAN Mitsubishi Electric Cup pada Rabu bakal diserikan dengan aksi daripada 5 bintang tumpuan.

Skuad kebangsaan bimbingan Pau Marti Vicente kembali ke tanah air untuk aksi kedua setelah terpaksa akur terikat seri 2-2 pada perlawanan pembukaan di Phnom Penh Ahad lalu.

Ad

Manakala, Timor Leste pula hadir ke Bukit Jalil dengan misi untuk bangkit dari kekalahan besar 0-10 di tangan Thailand yang turun dengan status juara bertahan pada kejohanan kali ini.

Ad

Di sebalik kehangatan pertemuan Malaysia vs Timor Leste ini, 5 pemain bintang kedua-dua pasukan dijangka bakal menjadi tumpuan oleh para peminat.

1- Fergus Tierney

Ad

Nama penyerang muda ini mula mendapat perhatian apabila muncul wira Malaysia dengan jaringan penyamaan ketika di Phnom Penh menerusi rembatan dari luar kotak penalti di babak kedua.

Ad

Ketajaman penyudah dan kelebihan fizikal yang dimiliki oleh Tierney bakal menjadi aset penting buat Pau Marti khusus di jentera serangan dalam usaha Malaysia memburu jaringan besar.

Ad

2- Dominic Tan

Kapten Harimau Malaya ini sememangnya tunjang di benteng pertahanan negara dalam mengekang asakan lawan dengan Dominic kini dilihat watak berpengalaman untuk mengemudi barisan pemain.

33 kaps di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan sudah cukup untuk membuktikan aksi Dominic amat ditagih untuk membimbing pemain negara yang dibarisi rata-rata muka baharu.

3- Endrick Dos Santos

Tonggak Ho Chi Minh City ini menjadi nadi penting di jentera tengah yang diberi peranan sebagai pemain nombor 10 bagi mengatur serang selain mampu melakukan percubaan jarak jauh.

Musim ini, bekas pemain Selangor dan JDT ini terlibat dalam dua jaringan bersama kelab Vietnam itu dan dijangka berada perancangan Pau Marti untuk berpasangan bersama pemain lain.

4- Joao Pedro

Pemain sayap ini bakal memberi ancaman dengan larian deras di bahagian kiri dan barisan pertahanan negara perlu waspada andai tidak mahu kubu gawang Malaysia diancam.

Dengan statistik 3 jaringan dan empat bantuan gol dalam 12 penampilan, tonggak Angkor Tiger ini bakal menjadi senjata Timor Leste dan pengalaman pernah beraksi di UiTM dahulu.

5- Zenivio

Kelibat Zenivio ini dilihat memainkan peranan penting dalam skuad bimbingan Simon Paul dengan persembahan cukup baik di posisi bek kanan meskipun tumpas besar di tangan Thailand.

Bek kanan Tanjong Pagar ini miliki musim yang baik bersama kelab Singapura itu dengan 18 penampilan dan dua bantuan jaringan sejak tiba di Kota Singa tersebut pada awal musim lalu.

Kedudukan terkini kumpulan A menyaksikan skuad negara berada di tangga ke-3 dengan satu mata, berkongsi mata dengan Kemboja manakala Timor Leste di tempat tercorot.

Aksi Malaysia vs Timor Leste bakal diadakan pada Rabu, 11 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula pada jam 9 malam waktu tempatan.