Malaysia memulakan kempen dengan langkah kurang baik apabila diikat Kemboja pada aksi pembukaan ASEAN Championship.
Skuad kendalian Pau Marti dibarisi pemain berpengalaman seperti Paulo Josue, Endrick, Stuart Wilkin dan juga Daniel Ting.
Harimau Malaya tidak diberikan ruang yang banyak untuk menembusi benteng pertahanan lawan yang dibarisi muka naturalisasi baharu.
Malaysia menggandakan asakan dan akhirnya hantaran lintang Daniel Ting berjaya ditanduk masuk oleh Stuart Wilkin pada minit ke-35 untuk memisahkan kedua-dua pasukan pada babak pertama.
Bersambung babak kedua, Angkor Warriors hadir dengan cabaran lebih berjaya dan mengejutkan skuad kebangsaan dua kali.
Tuan rumah memperoleh jaringan penyamaan menerusi ledakan Abdel Kader Koulibaly pada minit ke-52 sebelum kesilapan pertahanan negara menghadiahkan gol kedua dari sepakan penjuru.
Kemasukan pemain gantian, Fergus Tierney menceriakan kem negara apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 menewaskan Dara Vireak.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Malaysia kehilangan -0.9 mata berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata FIFA selepas diikat Kemboja.
Ujian berikutnya buat skuad negara adalah menentang Timor Leste yang dijadualkan pada 11 Disember di Bukit Jalil.