Pungutan mata penting menanti Malaysia sekiranya berjaya melakar kemenangan ke atas Kemboja.
Perlawanan pembukaan Piala Mitshubishi Electric ASEAN 2024 menyaksikan skuad kebangsaan akan menentang Kemboja di tempat lawan.
Prestasi semasa menyaksikan Malaysia melakar tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam 5 aksi terakhir manakala Kemboja hanya melakar satu kemenangan sahaja.
Harimau Malaya berpeluang meraih tambahan +1.6 mata FIFA untuk mengumpul 1118.65 mata secara keseluruhan sekiranya menundukkan Ankor Warriors.
Kedudukan ini bakal membolehkan skuad kebangsaan kekal di tangga kedua dan menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (97), Vietnam (116) dan juga Indonesia (125).
Malaysia memiliki rekod baik bertemu Kemboja dengan hanya 23 kemenangan berjaya dilakar termasuklah ketika aksi persahabatan pada tahun 2022.
Aksi Kemboja vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada 8 Disember jam 6:45 malam di Stadium Olimpik Phnom Penh.
Menang: +1.6 mata
Seri: -0.9 mata
Kalah: -3.4 mata