Advertisement
Jurulatih Kemboja Lancar Perang Psikologi Ke Atas Malaysia
Piala AFF
MakanBola
FA MALAYSIA

Pasukan kebangsaan Kemboja mula mengatur perang psikologi sebelum berdepan Malaysia.

Perkara ini dizahirkan oleh pengendali sementara Kemboja, Koji Gyotuku yang mahu anak buahnya turun dengan sehabis baik menentang Harimau Malaya.

Malaysia kini dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Laos dengan keputusan 3-1 sebelum mengikat pasukan ke-125 dunia, India dengan keputusan 1-1.

“Malaysia pasukan yang amat kuat tanpa mengira pemain yang berada dalam skuad mereka.

“Malah, mereka juga berada pada kedudukan ranking mereka yang lebih baik,” katanya.

Beliau juga melihat persiapan anak buahnya tidak berjalan begitu baik susulan persiapan singkat atas faktor masa.

“Ini kali pertama saya menjadi jurulatih buat pasukan kebangsaaan, saya menjangkakan permintaan tinggi daripada penyokong. Saya berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk meraih keputusan positif buat pasukan.

“Persiapan pasukan seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia jauh lebih baik tetapi Kemboja tiada persiapan rapi sebelum kejohanan ini susulan faktor masa,” katanya pada sesi sidang media pra-perlawanan hari ini.

Kemboja tidak memiliki rekod yang begitu memberangsangkan apabila hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 5 aksi terakhir sejak Jun lalu.

Aksi antara Kemboja vs Malaysia akan berlangsung pada 8 Disember di Stadium Olimpik Phnom Penh pada jam 6.45 malam.