Vietnam memastikan final pertama ASEAN Hyundai Cup 2026 menjadi milik mereka apabila berjaya mencatatkan keputusan menang 2-0 ketika bertemu Thailand pada Sabtu.
Thailand memburu kemenangan besar ke atas tuan rumah di halaman lawan bagi membawa bekalan selesa ke Hanoi. Vietnam pula mahu mengulangi kembali pencapaian menjuarai piala peringkat Asean ini seperti edisi lepas.
Aksi separuh masa pertama disajikan dengan beberapa peluang keemasan dari pasukan tuan rumah menerusi Nguyen Xuan Son namun percubaan berbahaya kaki kanan tersebut berjaya ditepis oleh penjaga gol Thailand, Kampon Phatomakkakul pada minit ke-6.
Selepas itu, Teerasak Poeiphimai turut melepaskan percubaan rembatan kencang kaki kiri dari luar kotak penalti namun berjaya diselamatkan.
Vietnam terus melakukan serangan menerusi bintang muda, Nguyen Dinh Bac pada minit ke-32. Namun, rembatan kaki kanan beliau sedikit tersasar dari gawang Thailand.
Rembatan kencang kaki kiri Kakana Khamyok pada penghujung separuh masa pertama masih gagal membuka gol aksi.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan tampak saling berbalas serangan bagi membawa bekalan selesa ke Hanoi dalam final kedua Piala Hyundai ASEAN 2026.
Seterusnya, Pham Xuân Manh melakukan rembatan dari luar kotak penalti namun percubaan beliau gagal menepati sasaran.
Vietnam berjaya merobek gawang Thailand pada minit ke-62 menerusi Nguyen Hai Long hasil rembatan kencang kaki kiri beliau.
Selepas itu, bintang Pahlawan Bintang Emas, Nguyen Quang Hai menambah derita pasukan Thailand dengan meledak gol kedua aksi pada minit ke-70.
Pemain Thailand, Kakana Khamyok hampir merapatkan kedudukan pada penghujung separuh masa kedua namun keputusan 2-0 kekal sehingga tamat aksi.
Aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok tamat dengan keputusan 0-2 memihak pasukan pelawat, Vietnam.
Perlawanan timbal balik final Piala Hyundai ASEAN 2026 dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos ini di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.