Vietnam Pertahan Trofi ASEAN Hyundai Cup, Hampakan Thailand
MakanBola
VIETNAM FF

Vietnam memastikan ASEAN Hyundai Cup 2026 menjadi milik mereka sekali lagi apabila berjaya mencatatkan keputusan menang secara agregat 4-2 ketika bertemu Thailand pada Rabu.

Thailand memburu kemenangan besar ke atas tuan rumah di halaman lawan. Vietnam pula mahu mengulangi kembali pencapaian menjuarai piala peringkat Asean ini seperti edisi lepas.

Aksi separuh masa pertama disajikan dengan beberapa peluang keemasan sehingga meraih gol dari pasukan pelawat menerusi Yotsakon Buraphan menerusi percubaan berbahaya kaki kanan dan gagal ditepis oleh penjaga gol Vietnam, Lê Giang Patrik pada minit ke-12.

Selepas itu, pertahanan Vietnam, Doàn Van Hau turut melakukan percubaan menerusi tandukan namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Thailand, C. Bootprom.

Thailand terus melakukan serangan bagi mencari gol tambahan menerusi bintang muda, Yotsakon Burapha pada minit ke-36. Namun, rembatan kaki kiri beliau sedikit tersasar dari gawang Vietnam.

Rembatan kencang kaki kiri Kakana Khamyok pada penghujung separuh masa pertama masih gagal mencari gol tambahan perlawanan.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-1 memihak Thailand.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan tampak saling berbalas serangan bagi mencari gol tambahan sekali gus merangkul trofi Piala Hyundai ASEAN 2026.

Vietnam meraih gol tambahan selepas penjaga gol Thailand, C. Bootprom menjaringkan gol sendiri sebelum W. Jarunongkran memastikan Thailand kembali di hadapan pada minit ke-85.

Pahlawan Bintang Emas memastikan meraih Piala Hyundai ASEAN 2026 selepas pemain Thailand, W. Jarunongkran menyumbat gol sendiri pada penghujung babak kedua sekali gus memastikan Vietnam menang secara agregat 4-2.

Aksi di Hanoi tamat dengan keputusan 4-2 secara agregat memihak kepada pasukan Vietnam sekali gus mengulangi pencapaian edisi 2024 menumpaskan Thailand di pentas final.