Advertisements
50 Ribu Orang Korea Berkerumun Saksikan Jesse Lingard
Asia
MakanBola
FC Seoul

Hampir 50 ribu orang Korea berkerumun di Stadium Seoul untuk menyaksikan kelibat pemain terkenal, Jesse Lingard sewaktu FC Seoul menentang Incheon.

Populariti luar biasa Jesse Lingard telah berjaya menarik ribuan peminat bola sepak di Korea Selatan untuk hadir ke stadium dan turut memenuhi gerai jualan kelab.

Walaupun Jesse Lingard telah melakukan debut pertamanya bersama FC Seoul tempoh hari sewaktu menentang Gwangju, aksi menentang Incheon merupakan aksi pertama beliau bermain dihalaman sendiri.

K League kemudian mengumumkan seramai 51,670 penyokong hadir ke Stadium Seoul untuk menyaksikan derbi Gyeongin antara FC Seoul dan Incheon.

Aksi tersebut berjaya memecahkan rekod FC Seoul pada tahun 2018 sebelum ini yang mencatatkan seramai 45,007 sewaktu FC Seoul melawan Daegu.

Malah populariti hebat Lingard menyebabkan FC Seoul terpaksa membuka ruang eksklusif Jesse Lingard bersebelahan kawasan stadium ekoran permintaan tinggi penyokong yang ingin menbeli jersi serta barangan Jesse Lingard.

Namun aksi antara FC Seoul melawan Incheon tersebut sekadar berakhir seri tanpa jaringan sekaligus menambah penantian kemenangan pertama FC Seoul.

Jesse Lingard masih belum turun dalam kesebelasan utama pasukan FC Seoul setakat ini dan hanya turun bermain selaku pemain gantian dalam dua aksi pertama beliau.

Pemain berusia 31 tahun itu juga antara pemain yang menerima gaji tertinggi dalam saingan K League musim ini setelah bergelar ejen bebas hampir 6 bulan sebelum ini.