Advertisements
Jesse Lingard Bakal Pecah Rekod Gaji Di Liga Korea
Transfer
MakanBola
Jesse Lingard

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard dilaporkan bakal beraksi di liga utama Korea Selatan bersama kelab FC Seoul.

Malah pemain berusia 32 tahun itu juga bakal muncul pemain dengan gaji tertinggi dalam liga berkenaan berdasarkan perkongsian media bola sepak Korea.

Jesse Lingard dijangka tiba di Korea Selatan pada hari Isnin ini untuk menandatangan kontrak bersama FC Seoul setelah beliau bergelar ejen bebas sejak Julai tahun lalu.

Lingard bakal menjadi pemain import kelima kelab tersebut disamping Aleksandar Palocevic, Wilyan, Hosam Aiesh dan juga Stanislav Iljutcenko.

FC Seoul pada musim lalu menamatkan saingan liga ditangga ketujuh dengan mengumpul 47 mata menerusi 12 kemenangan, 11 seri dan 10 kekalahan dalam 33 perlawanan liga.

Jesse Lingard yang memiliki nilai pasaran hampir RM31 juta bakal menjadi pemain paling bernilai dalam pasukan FC Seoul diikuti Aleksandar Palocevic dengan nilai pasaran RM4.6 juta.

Lingard sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona namun tiada rundingan kontrak rasmi berlaku antara kedua-dua belah pihak dan kini pemain tersebut memilih Korea Selatan sebagai destinasi seterusnya.

Ini adalah kali pertama Lingard beraksi di luar liga England setelah pernah beraksi untuk kelab seperti Manchester United, West Ham United dan juga Nottingham Forest.