Jesse Lingard Tawarkan Diri Sertai Barcelona
Transfer
MakanBola
Jesse Lingard
Advertisements

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard menawarkan dirinya kepada kelab Barcelona yang sedang mencari pemain tengah baru.

Lingard kini bergelar ejen bebas dan masih belum menyertai mana-mana kelab sejak dilepaskan oleh Nottingham Forest pada Julai 2023.

Advertisements

Menurut Sport Bible, Barcelona kini sedang mencari pemain tengah sokongan ketika jendela perpindahan Januari dibuka.

Namun berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh Barcelona, kelab tersebut hanya boleh mendapatkan pemain berharga murah atau pemain yang bergelar ejen bebas.

Advertisements

Status Lingard kini menepati profil pemain yang diperlukan Barcelona sekali gus menyebabkan beberapa pihak media eropah mula memperkatakan perpindahan tersebut.

lingard Jesse Lingard Tawarkan Diri Sertai Barcelona
Manchester United

Media sukan Sepanyol kemudian melaporkan bahawa Lingard telah menawarkan diri untuk menyertai kelab Barcelona.

Advertisements

Xavi sebelum ini memberi petanda mahu mendapatkan pemain baru pada Januari ini setelah bintang muda, Gavi mengalami kecederaan.

Lingard yang kini berusia 31 tahun meninggalkan Manchester United pada Julai 2022 setelah hampir 14 tahun bergelar pemain United.

Advertisements

Lingard telah merekodkan 232 penampilan dimana beliau menjaringkan 35 gol untuk Manchester United.

Advertisements

News Comments Account