6 Pasukan Layak Ke Pusingan Kalah Mati Piala Asia B-23
Asia
PSSI
Advertisements

Saingan peringkat kumpulan Piala Asia B-23 2024 di Qatar menyaksikan enam pasukan sudah mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

Enam pasukan tersebut ialah tuan rumah Qatar, Indonesia, Korea Selatan, Jepun, Uzbekistan dan Vietnam.

Kumpulan A menyaksikan Qatar dan Indonesia masing-masing mara ke suku akhir sebagai juara dan naib juara kumpulan.

Advertisements

Ini selepas Annabi menamatkan kempen kumpulan dengan merekodkan dua kemenangan dan satu seri. Sementara Tim Garuda pula layak selepas mengenepikan cabaran Australia dan Jordan.

Dua pasukan gergasi Asia, Korea Selatan dan Jepun pula membuktikan kehandalan masing-masing dalam Kumpulan B.

Kedua-dua pasukan layak ke suku akhir selepas kedua-dua pasukan masing-masing meraih kemenangan ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China.

Advertisements

Samurai Biru dan Pahlawan Taeguk bakal bersemuka dalam aksi terakhir kumpulan hari ini bagi menentukan pasukan mana mara selaku juara kumpulan.

Wakil Asia Tenggara, Vietnam dan Uzbekistan turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Asia B-23 2024.

Ini selepas Pahlawan Bintang Emas dan The White Wolves tidak berdepan masalah mengatasi cabaran Malaysia dan Kuwait dalam Kumpulan D.

Advertisements

Seperti Kumpulan B, Vietnam dan Uzbekistan bakal bersaing dalam aksi terakhir kumpulan pada 23 April bagi menentukan siapa juara kumpulan.

Hanya Kumpulan C yang belum menyaksikan pengesahan pasukan mana yang layak ke pusingan seterusnya.

Arab Saudi berada pada kedudukan selesa untuk mara ke suku akhir selepas meraih enam mata.

Advertisements

Mereka boleh mengesahkan kemaraan sebagai juara kumpulan dengan syarat mereka hanya perlu menang atau seri dengan Iraq.

Dengan satu slot bakal diisi The Green Falcons, hanya satu slot Kumpulan C dijangka menjadi rebutan Thailand dan Iraq.

Thailand perlu mengatasi Tajikistan dalam aksi terakhir kumpulan dan mengharapkan Iraq tewas atau seri dengan Arab Saudi.

Sementara Iraq perlu mengharapkan ihsan Tajikistan untuk meranapkan impian skuad Gajah Perang. Mereka juga perlu menang ke atas Arab Saudi untuk mara ke pusingan seterusnya.

Seandainya Thailand atau Iraq layak ke suku akhir, mereka akan mengulangi pencapaian layak ke suku akhir dalam Piala Asia B-23 edisi 2020.

Pusingan suku akhir Piala Asia B-23 2024 bakal membuka tirainya pada 25 dan 26 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram