AFC U-23 Asian Cup: Indonesia Menang Besar Aibkan Jordan
Asia
Jordan FA
Advertisements

Indonesia terus cemerlang di pentas Piala Asia B-23 selepas berjaya menundukkan Jordan dalam aksi Kumpulan A.

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam misi memburu kemenangan kedua buat Skuad Garuda sementara Jordan membawa misi untuk raih tiga mata pertama.

Pada minit ke-22 permainan, Rafael Struick telah dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti dan insiden tersebut dikesan pengadil. Pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada Indonesia dan peluang itu disempurnakan dengan baik oleh Marselino Ferdinan untuk gol pembukaan perlawanan.

Advertisements

Sebelum menuju aksi di babak kedua permainan, giliran Witan Sulaeman mencatat nama sebagai penjaring. Gerakan cantik yang diatur Indonesia telah mengkucar-kacirkan pertahanan Jordan. Percubaan tenang Witan terus mengegar jaring menewaskan penjaga gol Jordan, Ahmad Al-Juaidi.

Babak pertama perlawanan tamat dengan keputusan 2-0 dengan Indonesia mendahului Jordan.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Abdallah Abu Zema terus melakukan dua pertukaran pemain untuk pasukan Jordan. Jordan beberapa kali juga hadir memberi ancaman buat pasukan Indonesia.

Advertisements

Bagaimanapun ancaman itu tak kekal lama selepas Marselino Ferdinan sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring. Gerakan satu dua antara Marselino, Arhan dan Witan cantik dinatijahkan Marselino dengan satu kuisan sekaligus meletakkan Skuad Garuda terus selesai mendahului aksi.

Pada minit ke-78 permainan, Jordan meraih gol saguhati selepas percubaan pemain gantian, Ibrahmi Sabra terkena Justin Hubner sekaligus menyumbang kepada jaringan.

Sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil, lontaran jarak jauh Pratama Arhan membuahkan hasil apabila pemain gantian, Komang Teguh menyambar masuk bola daripada hantaran Arhan sekaligus mencipta jaringan keempat buat Indonesia.

Advertisements

Biarpun Jordan berjaya mendapatkan satu jaringan, gol tersebut tidak cukup untuk sekurang-kurangnya memberikan satu mata dan raih keputusan seri. Aksi di Stadium Abdullah Khalifa berakhir dengan kemenangan bergaya dicatat Indonesia mengatasi Jordan dengan keputusan 4-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram