65,000 Tiket Aksi Iraq & Indonesia Habis Terjual
Asia
ASEAN Football
Advertisements

Bekas juara Piala Asia edisi 2007, Iraq bakal mendapat sokongan padu penyokong menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia esok.

ASEAN Football melaporkan kesemua 65,000 tiket untuk perlawanan tersebut di Stadium Antarabangsa Basra sudah habis dijual.

Ini pasti akan menambah tekanan kepada Tim Garuda yang berharap dapat meraih kemenangan dalam aksi pertama Kumpulan F esok.

Advertisements

Singa Mesopotamia berharap sokongan padu penyokong dapat mengekalkan rekod tanpa kalah mereka ke atas Indonesia.

Dalam enam rekod pertemuan sebelum ini, kesemua perlawanan dimenangi Iraq termasuk aksi kelayakan Piala Dunia 2014/Piala Asia 2015 pada 2013.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung pada 19 November 2013 itu menyaksikan Tim Garuda tewas 2-0 di tangan Singa Mesopotamia. Dua gol Iraq masing-masing dijaringkan Hammadi Ahmed Abdullah Al-Daiya dan Karrar Jassim.

Walaupun kelebihan tampak memihak kepada Iraq, Indonesia yakin mampu mencipta kejutan ke atas mereka dalam perlawanan esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram