7 pemain Kedah Darul Aman telah membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan lebih awal.
Keputusan ini jelas memberikan kesan kepada perjuangan pasukan yang bakal beraksi pada peringkat separuh akhir Challenge Cup 2024.
Sang Kenari pada awalnya kehilangan khidmat kapten pasukan, Habib Haroon yang berhijrah ke Sitra Club, Bahrain pada Ogos tahun lalu.
Pemergian pemain ini disusuli oleh dua penjaga gol, Fikri Che Soh dan juga Kalamullah Al-Hafiz apabila masing-masing melengkapkan perpindahan ke Kelantan DN dan juga Selangor FC.
Pemain sayap Sang Kenari, Sony Norde disambar oleh kelab Liga 1 Indonesia, Malut United disusuli oleh tiga lain pemain tunjang Kedah.
Kedah turut mengumumkan perpisahan bersama tiga lagi pemain iaitu Clayton, Sukhrob Nurullaev dan juga Faiz Nasir yang membawa haluan baharu.
Clayton yang juga tonggak kelahiran Brazil kini menyertai skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di Indonesia iaitu Persis Solo.
Kedah perlu meneruskan perjuangan menentang PDRM pada 18 Januari bagi aksi MFL Challenge Cup 2024 di Selayang.