Advertisement
Persis Solo Rekrut Bekas Pertahanan Kedah, Cleylton Santos
Transfer
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Tidak lama selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Cleylton Santos sah menyertai Persis Solo.

Perpindahan bek tengah berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Laskar Sambernyawa pada 6 Januari lalu.

“Persis rasmi memperkuat bahagian pertahanan dengan membawa pemain import, Cleylton Santos dari kelab liga utama bola sepak Malaysia, Kedah Darul Aman.

“Pemain berdarah Brazil tersebut akan menjadi sokongan tambahan bagi Laskar Sambernyawa menghadapi pusingan kedua Liga 1 musim 2024/2025,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Cleylton dibawa masuk sebagai pengganti rakan senegara, Ricardo Lima oleh pengendali Persis, Datuk Ong Kim Swee.

Ini kerana Lima, 30, perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL) pada Oktober lalu.

Cleylton bakal bersaing dengan Eduardo Kunde, Mochammad Zaenuri dan kapten, Rian Miziar hntuk slot bek tengab.

Bek tengah Brazil itu cukup teruja menyertai Laskar Sambernyawa terutama selepas mengetahui sejarah mereka.

“Saya tahu sejarah PERSIS Solo. Impian dan keinginan saya di sini adalah meneruskan sejarah besar itu dan sekarang saya bisa menjadi sebahagian dari sejarah ini,” katanya.

“Kelab ini punya sejarah panjang dan besar. Saya berharap bisa memberikan permainan sebaik mungkin di sini untuk mengharumkan nama kelab ini.”

Kelibat Cleylton ditagih Kim Swee untuk membantu Persis kekal dalam saingan Liga 1 Indonesia.