8 Pemain Eropah Ketuai Cabaran Filipina
MakanBola
Philippine Men’s National Football Team
Sponsors

Filipina bakal menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 dengan sokongan lapan pemain yang berpangkalan di Eropah.

Lapan pemain tersebut ialah Adrian Ugelvik, Paul Tabinas, Matthew Baldisimo, Michael Baldisimo, Zico Bailey, Dylan Demuynck dan Bjorn Kristensen. Mereka tersenarai dalam senarai 23 pemain yang dipilih Tom Saintfiet untuk aksi Pestabola Merdeka 2024.

Ad
Sponsors

Selain mereka, majoriti pemain Filipina yang dipanggil jurulatih Belgium itu beraksi untuk kelab-kelab di rantau Asia Tenggara.

Ad

Ini termasuk Kevin Ray Mendoza (Persib Bandung), Neil Etheridge (Buriram United), Patrick Reichelt (KL City FC), Christian Rontini (Madura United) dan Jesse Curran (Ratchaburi).

Hanya seorang pemain yang mewakili saingan liga domestik Filipina dalam skuad The Azkals iaitu Patrick Deyto. Deyto mewakili juara Philippines Football League (PFL), Kaya FC-Iloilo.

Ad

Filipina bakal menghadapi cabaran tuan rumah Malaysia, Lubnan dan juara bertahan Tajikistan untuk saingan Pestabola Merdeka 2024.

Ad

The Azkals membuka kempen kejohanan dengan turun menentang Harimau Malaya untuk aksi pertama yang akan berlangsung pada 4 September ini.

Ad

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak aksi persahabatan antarabangsa pada 2022. Perlawanan itu menyaksikan Filipina tewas 2-0 kepada Malaysia.