8 Pemain Tinggalkan Kedah
Transfer
KDA FC
Advertisements

Lapan pemain import sah meninggalkan pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Lapan pemain tersebut ialah Ifedayo Olusegun, Bojan Ciger, Moses Atede, Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson dan Jonatan Balotelli.

Pengumuman ini dibuat pengurusan Kedah menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

Advertisements

“Terima kasih kepada lapan pemain import KDA FC musim 2023 atas sumbangan dan perjuangan hebat mereka kepada pasukan Liga Super Kedah Darul Aman FC sehingga menjadi empat pasukan terbaik liga.

“Prestasi cemerlang dan semangat juang yang dipamerkan dalam mengangkat mutu permainan Sang Kenari musim lepas dan memberikan impak positif kepada pasukan menjadi inspirasi kepada kita semua.

“Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan KDA FC merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ifedayo Olusegun, Bojan Ciger, Moses Atede, Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Ebenezer Assifuah, Alan Robertson dan Jonatan Balotelli atas dedikasi mereka sepanjang musim.

Advertisements

“Sumbangan barisan pemain import Sang Kenari musim ini bukan sahaja dalam padang tetapi juga dalam pembinaan semangat kumpulan dan kekal professional melaksanakan tanggungjawab sebagai pemain di kala kelab dibelenggu beberapa isu di pertengahan musim telah membantu Sang Kenari mencapai sasaran menduduki tangga ke-4 Liga Super musim 2023,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ciger, Atede, Hidalgo dan Balotelli masing-masing telah bersama pasukan baru. Ciger kini mewakili Neftchi Fergana, Atede (Sitra Club), Hidalgo (Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Balotelli (FK Makedonija G.P.).

Sementara Ifedayo, Juraboev, Assifuah dan Robertson pula masih bergelar ejen bebas setakat artikel ini ditulis.

Advertisements

Ifedayo dilaporkan bakal kekal di Malaysia kerana berada dalam radar sebuah pasukan Liga Super yang berpangkalan di Lembah Klang.

Ini menjadikan kapten dan pemain antarabangsa Filipina, Manuel Ott sebagai satu-satunya pemain import yang bersama Kedah ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram