Abdullah Sani Jamin Isu KL City Bakal Selesai
MakanBola
Kuala Lumpur FA
Sponsors

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid memberi jaminan isu gaji yang membelenggu KL City FC bakal diselesaikan secepat mungkin.

Isu tunggakan gaji pasukan Lembah Klang itu timbul apabila kapten pasukan, Paulo Josue mendakwa beliau berdepan tunggakan gaji selama beberapa bulan.

Ad

Isu ini semakin hangat apabila bekas Presiden KLFA, Khalid Samad mendedahkan ada pemain yang tidak menerima gaji pada Jun lalu meskipun baru pulang dari tugasan bersama Harimau Malaya. Disebabkan isu tersebut, ada pemain yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha secara bersederhana.

Ad

Lantaran itu, Abdullah Sani memberi jaminan beliau akan memastikan isu gaji KL City tidak berlarutan dan akan diselesaikan secepat mungkin.

“Kita akan selesaikan (isu tunggakan gaji KL City) secepat mungkin,” katanya dalam satu sidang media khas. Sidang media itu turut dihadiri Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dan Naib Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar.

Ad

Abdullah Sani turut memohon agar badan induk itu diberi ruang untuk menyelesaikan isu ini agar perkara sama tidak berulang lagi.

Ad

“Dan saya memohon beri kami peluang selesaikan masalah ini. Sebab masalah ini sudah terlalu lama (dan) berpanjangan. Dan terlalu banyak isu yang merumitkan untuk dihuraikan. Namun, pada masa sama, beri kami ruang untuk selesaikan masalah yang tenat ini,” tambahnya.

Ad

KL City ketika ini menduduki tangga keempat Liga Super dengan tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan liga.