ABK23: Arif Aiman Muncul Pemain Paling Bernilai, Julang Hatrik Berganda
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain paling bernilai bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023 jatuh kepada pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaiti Arif Aiman Hanapi.

Pemain kelahiran Pahang ini mendominasi kategori anugerah pemenang bagi gelaran penyerang terbaik Liga Super, pemain muda terbaik, penjaring gol terbanyak tempatan Liga Super dan gol terbaik Liga Malaysia 2023. 

Ini merupakan kali pertama pemain muda berusia 21 tahun ini dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2023. Beliau tersenarai dalam kesebelasan utama pilihan penyokong Liga Malaysia.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemain berusia 21 tahun ini merangkul gelaran kali ketiga berturut-turut bagi gelaran pemain paling pernilai, penyerang terbaik Liga Malaysia dan pemain muda terbaik 2023. 

Bagi musim 2023, Arif Aiman berjaya menjaringkan 21 gol dan 29 bantuan jaringan dalam kesemua Liga Malaysia termasuk Liga Juara-Juara Asia.

Prestasi konsisten yang ditampilkan oleh Arif Aiman sejak musim 2021 cukup membuktikan beliau sememangnya layak merangkul hatrik di ABK 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram