Advertising
ACC: Kayuhan Emas Izzah Izzati Hampakan Juara Dunia Di Final Keirin
UltraSukan
Olympics Malaysia

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi dalam saingan Asian Cycling Championships (ACC) di Nilai, Negeri Sembilan apabila mengungguli acara keirin wanita.

Selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan iaitu 10.685 saat di peringkat separuh akhir, pencapaian itu membakar semangat pelumba berusia 21 tahun itu di peringkat akhir.

Ad

Meskipun begitu, Izzah Izzati berdepan cabaran untuk mengekalkan gelaran juara Asia dalam acara tersebut. Ini kerana ramai pelumba hebat beraksi di final termasuk juara dunia dari Jepun, Mina Sato.

Ad

Izzah Izzati mempamerkan kayuhan mantap di trek sambil mendapat sokongan padu penyokong di Velodrom Nilai.

Itu sudah cukup buat beliau mempertahankan gelaran juara Asia dalam acara keirin wanita. Pelumba Korea Selatan, Kim Ha-eun terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Ad

Jaguh China, Guo Yu-fang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Sato pula mengakhiri perlumbaan final di tempat keenam.

Ad

Pencapaian hebat Izzah Izzati turut mengagumkan Pengarah Teknikal Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), John Beasley.

Ad

Beliau menganggap persembahan pelumba yang diberi jolokan The Rocket Pocketwoman itu cukup istimewa. “Istimewa!” katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Seorang lagi wakil negara,  Anis Amira Rosidi terlepas peluang beraksi di final acara keirin wanita. Beliau mengakhiri acara itu di tempat kelapan dalam perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga ke-12.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments