Ads
ACL: Al-Ain Julang Piala, Belasah 10 Pemain Yokohama F. Marinos
ACL
AFC Champions League

Saingan AFC Champions League (ACL) 2023/2024 melabuhkan tirainya dengan kejuaraan menjadi milik jaguh UAE, Al-Ain setelah menumbangkan Yokohama F. Marinos dalam aksi final kedua.

Advertisements

Yokohama F. Marinos memiliki kelebihan tipis setelah hanya mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi final pertama beberapa minggu lalu di Stadium Nissan hasil Asaho Uenaka dan Kota Watanabe.

Advertisements

Manakala Al-Ain pula menyimpan hasrat bagi memadam kelebihan defisit kelab dari Jepun tersebut berbekalkan sorakan padu para peminat untuk menjulang piala di gelanggang sendiri.

Advertisements
Advertisements

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi penyerang, Soufiane Rahimi yang menerima umpanan cantik Yahia Nader seawal minit kesembilan perlawanan.

Selepas setengah jam beraksi, Al-Ain dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan bahawa Soufiane Rahimi dijatuhkan di dalam kotak penalti dan Kaku tidak berdepan masalah untuk menyempurnakannya.

Advertisements

Pemain sayap Yokohama F. Marinos, Yan Matheus kembali merapatkan kedudukan menjadi 2-1 setelah menyumbat gol lima minit sebelum kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan.

Ketika aksi menuju rehat, malang menimpa Yokohama F. Marinos apabila kehilangan khidmat penjaga gawang, William Popp yang dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Ilgiz Tantashev.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Al-Ain.

Kembali dari rehat, Yokohama F. Marinos yang dibimbing oleh bekas pemain Liverpool, Harry Kewell membuat beberapa perubahan taktikal memandangkan lawan mempunyai kelebihan seorang pemain di atas padang.

Walau bagaimanapun, Al-Ain tetap berjaya menembusi gawang Yokohama sekali lagi menerusi Sofiane Rahimi pada minit ke-67 untuk meletakkan tuan rumah mendahului 3-1 dan 4-3 secara agregat.

Ketika masa tambahan, penyerang gantian, Kodjo Fo Doh Laba memastikan malam gemilang buat Al-Ain dengan gol keempat dan kelima untuk menoktahkan kemenangan wakil UAE itu di pentas final.

Aksi di Stadium Hazza Bin Zayed tamat dengan keputusan 5-1 sekaligus menyaksikan Al-Ain bergelar juara dengan agregat 6-3.

Advertisements

Ini merupakan kejuaraan ACL kedua buat Al-Ain setelah kali pertama menjuarai pada 21 tahun yang lalu ketika musim 2002/2003.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram