Wakil Thailand di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Buriram United dan bintang Malaysia, Dion Cools menerima kejutan apabila tewas kepada kelab Australia, Melbourne City dengan keputusan 2-0.
Perlawanan getir yang berlangsung di Stadium Chang Arena menyaksikan pasukan pelawat melakukan tentangan sengit bermula minit pertama permainan.
Melbourne City bagaimanapun mendahulu permainan hasil tolakan mudah Alessandro Lopane pada minit ke-7.
Jentera serangan yang dikemudi oleh Lonsana Doumbouya dan Suphacai Jaided berjaya dihalang oleh pertahanan lawan.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0 selepas Jamie Mc Laren menjaringkan gol cantik menjelang tamat.
Bersambung babak kedua, giliran Buriram United mencari gol untuk mengejar kedudukan lawan.
Beberapa pertukaran pemain untuk mengubah keputusan perlawanan tidak berhasil.
Penyerang berbisa lawan, Mc Laren hampir-hanpir meletakkan pasukan dengan tiga gol di hadapan namun percubaannya hanya singgah di palang gol.
Tambahan masa 4 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal dengan jaringan 2-0.
Buriram United kini menghuni tangga ke-3 dengan 3 mata selepas tiga perlawanan dan berdepan cabaran hebat untuk layak ke pusingan berikutnya.