Eropah
Montpellier
Advertisements

Bekas pemain Liverpool dan PSG kini menjadi bualan media sukan eropah apabila dikhabarkan telah memukul ketua jurulatihnya sendiri.

Mamadou Sakho yang kini bermain untuk pasukan Montpellier dilaporkan bergaduh dengan Michel Der Zakarian dipusat latihan Grammont.

Setelah Sakho bergaduh mulut dengan ketua jurulatihnya, beliau bertindak keluar dari padang latihan dan jurulatih tersebut memberitahu bukan tugas dia (Sakho) untuk memutuskan bila dan bagaimana cara untuk berlatih.

Advertisements

Sakho yang gagal mengawa emosi telah mencekik kolar baju Michel sehingga jurulatih itu jatuh.

Sportbible turut melaporkan bahawa jurulatih itu memanggil Sakho ‘anak manja’ sekaligus menyebabkan Sakho menyepak Michel.

Advertisements
skysports mamadou sakho Bekas Pemain Liverpool Pukul Jurulatih Sendiri

Pergaduhan tersebut terpaksa dileraikan oleh ahli pasukan yang lain dan Sakho berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan disiplin oleh kelab.

Pemain berusia 33 tahun itu telah memasuki tahun akhir kontrak beliau setelah gagal dijual kepada mana-mana kelab Ogos lalu.

Advertisements

Mamadou Sakho merupakan produk akademi PSG sebelum akhirnya berpindah ke Liverpool dan beraksi buat gergasi England itu selama 5 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram