Ads
ACL
Urawa Reds

Perlawanan ke-6 peringkat kumpulan antara juara bertahan, Urawa Reds dan juga Hanoi FC menyaksikan aksi berakhir dengan kemenangan buat Hanoi.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang kelab Vietnam itu ternyata memberi kelebihan buat mereka untuk memperagakan aksi terbaik.

Advertisements

Urawa Reds memperoleh peluang awal apabila dihadiahkan sepakan penalti hasil kealpaan lawan namun rembatan Alexander Shclolz mudah ditempis oleh Nguyen Van Hoang pada minit ke-10.

Advertisements

Advertisements

Nguyen Van Truong hampir meletakkan Hanoi di hadapan namun percubaan kencang dari luar kotak penalti tersasar ke sisi gawang.

Aksi babak pertama tamat tanpa sebarang jaringan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, anak didik Le Duc Tuan kelihatan bermotivasi tinggi untuk memcari gol pertama perlawanan.

Usaha gigih itu membuahkan hasil apabila tandukan Dao Van Nam hasil daripada sepakan sudut meletakkan Hanoi di hadapan pada minit ke-53.

Pasukan pelawat tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol penyamaan selepas Bryan Linssen berjaya menolak masuka hantaran Taguya Ogiwara.

Gol minit akhir hasil sepakan penalti oleh Tuan Hai Pham menoktahkan 3 mata buat Hanoi di laman sendiri.

Tambahan masa 8 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal memihak kepada Hanoi.

Advertisements

Urawa Reds menamatkan saingan di tangga kedua (7 mata) namun tidak cukup untuk meraih slot tempat kedua terbaik dengan jumlah mata yang tidak mencukupi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram