Dua Jurulatih Piala Dunia Jerman Dalam Radar Urawa Reds
Asia
DFB
Advertisements

Susulan keputusan Maciej Skorza untuk meninggalkan Urawa Reds pada akhir musim, kelab J1 League itu dikatakan sedang menimbang tiga calon sebagai pengganti Skorza.

Sports Hochi melaporkan tiga nama yang digosipkan dengan kerusi panas tersebut ialah Per-Mathias Høgmo, Joachim Low dan Hansi Flick.

Nama Low tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak kerana membantu Jerman menggondol gelaran juara Piala Dunia pada 2014.

Advertisements

Low ketika ini bergelar ejen bebas selepas meletak jawatan sebagai jurulatih Die Mannschaft pada 2021. Ini selepas Jerman tersingkir dari pusingan 16 terbaik EURO 2020.

Selain Jerman, Low juga pernah melatih VfB Stuttgart, Austria Wien, Adanaspor dan Fenerbahce.

Dalam 198 perlawanan bersama Jerman yang didedahkan Transfermarkt, beliau meraih kemenangan sebanyak 125 kali, seri 39 kali dan kalah 34 kali.

Advertisements

Menariknya, bekas pengendali Jerman itu perlu bersaing dengan bekas pembantunya, Hansi Flick. Nama beliau mula dikenali selepas membantu Bayern Munich menjulang kejuaraan treble pada musim 2019-2020.

Flick kemudiannya diberi peluang sebagai jurulatih Jerman menggantikan Low pada 2021. Namun begitu, kempen buruk Jerman dalam Piala Dunia 2022 mula membuatkan namanya merudum.

Flick kemudiannya dipecat sebagai jurulatih Die Mannschaft selepas pasukan itu dibelasah Jepun 4-1 pada September 2023.

Advertisements

Di sebalik semua itu, beliau memiliki rekod hebat bersama Bayern. Transfermarkt mendedahkan dalam 86 perlawanan bersama Die Roten, Flick menang 70 kali, kalah lapan kali dan seri lapan kali.

Tidak seperti dua pengendali berdarah Jerman itu, Hogmo pula merupakan pengurus BK Hacken. Beliau membantu kelab itu bergelar juara Allsvenskan (liga Sweden) musim 2022.

Tidak kira siapa calon pilihan Urawa Reds, mereka berdepan tugas sukar selepas ini. Ini kerana mereka bukan saja perlu mengekalkan cabaran pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Advertisements

Malah, peminat pasti mengharapkan Urawa untuk bangkit dan merebut kembali kejuaraan liga daripada juara J1 League musim ini, Vissel Kobe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram